Wednesday, February 2, 2011

Lenyap segala kegusaran...

Entry smlm menggambarkan bermacam-macam perasaan...
hari ini segala macam perasaan itu telah terlerai...
walaupun ada terbuku juga sedikit perasaan tidak puas hati...
tapi apa boleh buat, mungkin sudah tertulis rezeki ku hanya setakat itu...

Selepas habis urusan tengahari, aku & kawan-kawan minta En Hubby bawa kami merayap..haha..
En Hubby kena bawa 3 bini orang + 1 bini sendiri...hihihi...
Mula-mula ke APSH sbb sorang akak ni nak beli ubat, lepas tu terus ke Pelita Ampang Point mengisi perut yang lapar...

Kemudian dari Ampang Point, ke Galaxy Ampang pula, gi survey kedai barangan 2nd hand. Dah tu cuci mata pula dlm kedai tudung.

Habis cuci mata, terus hantar semula 3 bini orang tu balik ke destinasi masing-masing di Lembah Maju.

Ingat dah blh balik rumah, tp teringat pula mak mertua sudah kehabisan stok Rx17. Zoom terus ke Lembah Jaya hntrkan Rx17. Lepak sekejap, pastu terus balik ke rumah.

Letih...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...