Tuesday, May 11, 2010

Mengidam????


Oh tajuk....sungguh menakutkan....hahaha...

Yang sebenarnya, ku dah terlalu mengidamkan tudung Syria. Kalau berjalan kemana-mana, ramai sgt sekarang yg mengenakan tudung Syria ni. Cantik2 dan comel2 jer tengok diaorg tu. Lebih2 lagi bila tengok Aida Rahim dalam drama...perghhhh!!!.....
Haritu pernah belek2 Syria cotton kat Ampang Point. Tp hati takut nak beli, sbb takut tak kena dgn muka. Dah la mahal, sekali krg bila pakai tak cantik, terus tak pakai lagi, rugi la kan.

Tapi, makin hari hati ni meronta ronta nak mencuba tudung ni.


Akhirnya, harini pergi ke jln TAR utk membeli tudung Syria versi murah sikit. Tak sabar2 nak balik rumah cuba...hihihihi....

Hasilnya, orang pakai mmg cantik...lawa...tapi bila ku yang pakai....tak la lawa mcm orang lain.

Apa2 pun, ni ada sedikit buah tangan...hihihihi......harga tudung ni RM25...dikurang ke RM23...




dengan muka berminyak minyak, berpeluh peluh nak mencuba tudung Syria....sungguh buruksss....










Monday, May 10, 2010

Hari Ibu ~ 9 Mei 2010 ~

Hari Ibu tahun ni dpt sekeping kad buatan tangan...hehehe....dari anak bujang no 3...(setiap thn mmg dia je yg ingat nak hulur apa2....)

Dah rancang nak gi makan seafood @ Tanjung Harapan, P.Klang.

Pagi sarapan dengan karipap jer. Lepas tu masing2 semua bersilat mengemas rumah, mencuci toilet, menyidai apa yg patut. Dalam pkl 4 gitu, kitaorg pun keluar dari rumah menuju ke destinasi.

Sampai ke Tanjung Harapan...jam brp ek...lupa tgk jam pulak...hahaha...

Orang punya la ramai, kereta dah bersusun. Meja pun byk yg dah ada penunggu atau telah di reserved. Nak duduk tepi laut tak kesampaian.

Kitaorg order sotong goreng tepung, udang goreng biasa, ketam goreng biasa, siakap 3 rasa & sup sayur.

Lauk pauk adalah sangat lambat. Kitaorg dah seperti singa kelaparan. Tak sempat lauk pauk sampai, apa yg diletak dulu...i.e timun, kacang goreng semua habis kena bedal...

Akhirnya yg diorder pun tiba. Tanpa berlengah semua dok hulur pinggan kat En Hubby...hahaha.....bahagi2kan siakap tu.

Tapi amatlah tidak puashati dgn rasa masakan kat Muara Tg Harapan sekarang. Mmg tak sedap....rasa amat rugi drive jauh2 utk rasa makanan yg mcm tu. Dulu ok, tp skrg rupanya dah ko.

Balik dari Tg Harapan, singgah di Summit USJ sbb anak2 request nak main bowling. Ok, satu game je utk setiap orang.

Dah mengantuk nak mengarang ayat....jom tgk gambar je....sila klik link di bawah ye...







"SELAMAT HARI IBU BUAT SEMUA
YANG TELAH ATAU YG AKAN BERGELAR IBU"






Monday, May 3, 2010

Selamat Hari Lahir ke 13 buat Muhamad Faris @ 2 May 2010 (McD Pandan Mewah)


Oh, lama tidak update. Sibuk & terlalu letih...uhuk...

Ok, harini nak tunjuk gambar-gambar potong kek anak bujang no 2 ni. Dah 13 tahun anak ibu. Dan dah semakin tua la ibu nih...huhuhu...

Layan je gambar di bawah ni ye...sian anak ibu...dah tgh mlm baru dpt potong kek...gara-gara ayah & ibu sibuk berniaga....






Posted by Picasa





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...