Thursday, February 3, 2011

Bisnes + Kawen

Harini ada orang order sauna pants di Putrajaya + ada jemputan ke majlis pernikahan selepas Asar.

Dalam pkl 1 ptg tadi gerak ke Putrajaya...tp sblm tu pusing2 cari kedai kek. Hajat dihati nak hadiahkan kek pada pengantin. Terlupa yg hari ni adalah CNY...so kedai byk yg tutup.

Dah pusing2 area Wangsa Maju, semua kedai kek tutup, ambil keputusan terus ke Putrajaya dulu. Lepas settle urusan penghantaran sauna pants, terus En Hubby bawa ke Kajang...nak sambung cari kedai kek. Memang ada kedai yg buka, tp bila tgk kek nampak tak menyelerakan je.

Dari Kajang, ke Jusco Seri Kembangan pula. Tidak juga jumpa apa yg dihajati. Kemudian terus ke Giant di area Tmn Segar, masuk Secret Recipe (padahal dari Kajang sampai Jusco Seri Kembangan tu mmg ada SR, tp konon2 nak beli kek dari kedai lain...hihihi). Pilih punya pilih, beli la Chocolate Strawberry. Kemudian terus ke Lembah Maju, rumah bakal pengantin...hehe..

Sesampainya di Lembah Maju, rombongan pengantin lelaki dah sampai. Serahkan kek pd tuan rumah, En Hubby pergi cari parking. Kemudian kami semua naik ke rumah pengatin. Tunggu punya tunggu punya tunggu, Tok Kadi pun sampai. Alhamdulillah, sekali lafaz je sudah sah semuanya.

Sebenarnya tabik juga pada pengantin lelaki ni. Begitu setia menanti pengantin perempuan bersedia utk berkahwin. Jarak umur antara mereka agak jauh juga. Dan pengantin perempuan itu adalah seorang balu. Sudah mempunyai cucu.

Hanya upacara akad nikah dijalankan. Kemudian ada jamuan makan sikit (wah...sedapnya nasi minyak + dalca + ayam masak merah....paling meletop teh tarik...perghhh.....)

Didoakan semoga keduanya berbahagia hingga akhir hayat. Amin.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...