Thursday, February 10, 2011

Kenapa??

aku tiada mood?
aku rasa nak marah je?
aku rasa ditekan, menekan & tertekan?
aku rasa berdebar-debar?
emosi aku tak stabil?

why?? why??

ditambah pula ngan gigi yg dah berapa hari sakit...klinik gigi? oh....sungguh malas nak pergi...huk huk...

Friday, February 4, 2011

Penattt...!!!

Harini gi buat kerja cuci-cuci services...huhu...
Gi Sungai Buloh cuci kedai...er...aku sapu satu floor, En Hubby cuci 2 biji toilet...
Perghh....rasa nak patah pinggang menyapu tempat yg dah lama kosong...
Kesian gak kat En Hubby terbongkok-bongkok cuci toilet...
Dengan kesan-kesan karat segala...
Dengan menahan mata dek penangan Clorox...hehe..

Habis adegan cuci mencuci, sapu menyapu, perut pun lapar, kepala lutut menggigil gigil..
Terus ke Damansara Damai gi makan kat Abara Cafe (restoran pak sedara En Hubby)...
Pekena ikan siakap stim limau, sayur cendawan goreng & telur dadar. Almira lak order nasi goreng telur mata. Air kopi-o utk En Hubby, laicikang untuk aku & air tembikai utk Almira.

Esok akan ke kedai lagi, nak tunjuk kat member yg nak tlg buat renovation....

Thursday, February 3, 2011

Bisnes + Kawen

Harini ada orang order sauna pants di Putrajaya + ada jemputan ke majlis pernikahan selepas Asar.

Dalam pkl 1 ptg tadi gerak ke Putrajaya...tp sblm tu pusing2 cari kedai kek. Hajat dihati nak hadiahkan kek pada pengantin. Terlupa yg hari ni adalah CNY...so kedai byk yg tutup.

Dah pusing2 area Wangsa Maju, semua kedai kek tutup, ambil keputusan terus ke Putrajaya dulu. Lepas settle urusan penghantaran sauna pants, terus En Hubby bawa ke Kajang...nak sambung cari kedai kek. Memang ada kedai yg buka, tp bila tgk kek nampak tak menyelerakan je.

Dari Kajang, ke Jusco Seri Kembangan pula. Tidak juga jumpa apa yg dihajati. Kemudian terus ke Giant di area Tmn Segar, masuk Secret Recipe (padahal dari Kajang sampai Jusco Seri Kembangan tu mmg ada SR, tp konon2 nak beli kek dari kedai lain...hihihi). Pilih punya pilih, beli la Chocolate Strawberry. Kemudian terus ke Lembah Maju, rumah bakal pengantin...hehe..

Sesampainya di Lembah Maju, rombongan pengantin lelaki dah sampai. Serahkan kek pd tuan rumah, En Hubby pergi cari parking. Kemudian kami semua naik ke rumah pengatin. Tunggu punya tunggu punya tunggu, Tok Kadi pun sampai. Alhamdulillah, sekali lafaz je sudah sah semuanya.

Sebenarnya tabik juga pada pengantin lelaki ni. Begitu setia menanti pengantin perempuan bersedia utk berkahwin. Jarak umur antara mereka agak jauh juga. Dan pengantin perempuan itu adalah seorang balu. Sudah mempunyai cucu.

Hanya upacara akad nikah dijalankan. Kemudian ada jamuan makan sikit (wah...sedapnya nasi minyak + dalca + ayam masak merah....paling meletop teh tarik...perghhh.....)

Didoakan semoga keduanya berbahagia hingga akhir hayat. Amin.

Wednesday, February 2, 2011

Lenyap segala kegusaran...

Entry smlm menggambarkan bermacam-macam perasaan...
hari ini segala macam perasaan itu telah terlerai...
walaupun ada terbuku juga sedikit perasaan tidak puas hati...
tapi apa boleh buat, mungkin sudah tertulis rezeki ku hanya setakat itu...

Selepas habis urusan tengahari, aku & kawan-kawan minta En Hubby bawa kami merayap..haha..
En Hubby kena bawa 3 bini orang + 1 bini sendiri...hihihi...
Mula-mula ke APSH sbb sorang akak ni nak beli ubat, lepas tu terus ke Pelita Ampang Point mengisi perut yang lapar...

Kemudian dari Ampang Point, ke Galaxy Ampang pula, gi survey kedai barangan 2nd hand. Dah tu cuci mata pula dlm kedai tudung.

Habis cuci mata, terus hantar semula 3 bini orang tu balik ke destinasi masing-masing di Lembah Maju.

Ingat dah blh balik rumah, tp teringat pula mak mertua sudah kehabisan stok Rx17. Zoom terus ke Lembah Jaya hntrkan Rx17. Lepak sekejap, pastu terus balik ke rumah.

Letih...

Tuesday, February 1, 2011

Tiba-tiba....

...rasa nak luahkan kat blog pulak

Luahkan apa? Ntah la...perasaan yg bercampur baur...sedih, tension, tertekan, berdebar, menggigil, seram sejuk dan ntah apa-apa lagi....

Nak tido pun payah...dah tido pun tak lena....apakah????


Apa-apa pun...."Selamat Hari Wilayah" buat mereka2 di Kuala Lumpur / Putrajaya / Labuan


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...