Thursday, April 15, 2010

Senyum Dalam Sengsara

Wah tajuk....

Baru berkesempatan nak update blog. Seharian sibuk di luar. Kenapa tajuk begitu ye? Ok, gini ceritanya :

1) Tempat : Pejabat Pos Gombak

Nak poslaju 2 parcel, 1 ke Sabah, 1 ke Sarawak
1 kotak menggunakan kotak Poslaju
1 kotak lagi menggunakan kotak biasa yg berwarna coklat
Sekali bila timbang, pekerja tu kata kotak yg coklat tu kena balut dulu. Procedure katanya. En Hubby cakap, selalu saya hntr ke Poslaju Tun Sambanthan, tak perlu balut2 pun. Dah berlaku tingkah meningkah di situ. Akhirnya lepas juga kotak togel berwarna coklat itu.

Di dalam kereta lebih kurang 1/2 km dari pejabat pos tersebut, tiba2 En Hubby teringat dia salah menampal consignment note. Yg Sabah tampal ke Sarawak, dan sebaliknya.

Patah balik semula ke pejabat pos tadi. Untuk menukar docket tu pun menjadi masalah besar pada pekerja pos itu. Tak boleh katanya, begitu & begini. Kata En Hubby, apa yang susah sangat, tukar aje docket tersebut, kemudian jika ada extra charge, kami bayar la.

Tak puashati, pekerja pos tadi buat panggilan ke beberapa org utk bertanya apa yg perlu dibuat. Akhirnya jawapannya apa???


TUKAR JE DOCKET TU!!!!....HUH....tunggu berjam jam. Orang dah bgtau awal2 buat mcm tu, taknak dgr. Buang masa. Dah la nak kejar masa ke Putra Heights & Shah Alam.


2) Tempat : Nak ke Putra Heights

Dari pejabat pos tadi cadangnya nak ke Putra Heights untuk collect flyers. (Ada 2 appointment lepas Putra Heights, 5.30 ptg di Shah Alam)

Call member tu tanya direction, dgn eksyennya ku mcm faham...hahaha...
Ikut Puchong kataku, lalu ikut Batu 14 dkt Volvo tu. En Hubby pun dgn penuh percaya ikut kata co pilot tak bertauliah ni. Sekali hujung jalan bukan jumpa Putra Heights, tapi Putra Perdana....kuang...kuang...


Masa ni dah lambat. Call customer yg appt jam 5.30 kata tak sempat. Customer pula kata tak blh tunggu. Oh, takde rezeki. Takpe. Ada lagi satu appointment jam 6.30 ptg di Shah Alam.


Call semula member tu, bg En Hubby yg bercakap. Oooo...rupanya kena lalu tol apa ek kat Puchong tu. Ok, pusing semula. Akhirnya jumpa tempat yg dicari.


3) Tempat : Dari Putra Heights nak ke Shah Alam

Keluar dari Putra Heights tadi, tembus ke Seksyen 14, Subang. Sekali tgk jln punya la panjang beratur kereta.

Masa ni pkl 6.05. SMS pula ke customer utk appt 6.30 ptg tu kata terlambat. Katanya takpe...dia tunggu. Ku yg kesian dgn dia sbb sbnrnya dia dah tunggu dari jam 5.30 (konon2 nak awal la), akhirnya suruh dia bg alamat rumah. Ok, rumahnya di Seksyen 16, Shah Alam.

Oh, senang kata En Hubby. Elok je lepas berbalas sms dgn customer, perjalanan terus lancar...cissss....

Sampai di Shah Alam jam 6.40 (oh...klu terus jumpa di PKNS je kan senang). Terus pusing2 cari Seksyen 16.

Seksyen 18 jumpa, 20, 24...bla..bla...bla...semua jumpa. Seksyen 16 ni nyorok kat mana?

Ku dah kata dgn En Hubby, round about tu terus...degil masuk ke kanan. Rupa2nya stlh berpusing pusing tak jumpa, dia pun ikut la spt yg ku kata....ha...kan btl jln tu ke Seksyen 16. Lega...

Alih2, mmg jumpa Seksyen 16, tp yg jumpa kilang, bukan kawasan rumah. Adeh...pusing2 gak...tak jumpa. Tak boleh jadi, kena sms tanya nih.

Bila customer balas sms tanya akak kat kilang mana? Terus pulak jumpa kawasan perumahan dan terus jumpa rumah customer...huahuahua.


4) Tempat : Dari Shah Alam nak ke Klang (nak hntr Perfume sambil makan di restoran pak sedara En Hubby. Bayangkan yg terisi dlm perut ialah makanan dari breakfast je)

Ok...hati dah senang, perut dah keroncong + angin. Dah siap2 call cousin En Hubby suruh siapkan makanan ikan masak tu, telur masak ni.

Sekali masa di lorong kanan highway tak berapa jauh dari tol Klang, tayar berbunyi..dan berbau hangit. Aduh, panik. Baik2...baik2...pelan2...

En Hubby himpit ke lorong paling kiri (nasib baik time ni kereta tak byk...). Berhenti dgn selamat, check tayar, belah kiri belakang pecah. Habis dawai semua terkeluar. Wah...bunga tebal lagi, mcm mana blh jadi gini??

Dengan segala kepayahan dalam gelap, dengan treler, lori, kereta, motor yang laju tak ingat, En Hubby memulakan operasi menukar tayar.

Masalah paling utama ialah untuk menurunkan spare tyre. Huh. Dan sekali lagi apabila nak naikkan tayar yg pecah tu ke tempat spare tyre. Tobat. Sampai En Hubby melunjur dua2 belah kaki bawah kereta. Sian dia.

Sambil2 tu mata co pilot tak bertauliah ni dok melilau tgk segala raja di jalan yg laju. Kot2 kalau ada yg terbabas, boleh tarik En Hubby mengelak (pergh...macam boleh jer...takde maknanya sempat nak mengelak bagai).

Alhamdulillah, akhirnya siap juga kerja2 menukar tayar.

Perjalanan diteruskan. Selepas bayar tol, cari stesen minyak utk pam tayar ganti tu.

Setelah melalui jerih perih, akhirnya sampai juga di restoran (dah la kat ceruk Bayu Perdana duduknya....adoi la...).

Sampai2 tgk lauk pauk yg di order tadi dah siap. Terus duduk hadap dan ngap. Ibarat seminggu tak jumpa makanan. Tengah2 makan, 2 orang customer yg nak ambil barang pun datang.

Menu : Ikan siakap, dibahagi dua, sebelah masak pedas, sebelah stim. Telur bistik & Sayur campur.

Alhamdulillah....dah kenyang...hahaha...


Nota kaki : Oleh kerana yg menulis ini adalah seorang amatur, maka walaupun ada kamera dok nyorok dalam handbag, tetapi tidak ingat untuk digunakan snap semua kejadian2 yang berlaku.

Dah abis makan, ikan tinggal tulang, baru ku cakap dgn En Hubby, eh...lupa la nak ambil gambar makanan & masa abang tukar tayar tadi...hahahaha.....


Oh, yang boleh tersenyum tu selain dari makan adalah apabila mengira ganjaran yg diperolehi hari ini.

Alhamdulillah, terima kasih di atas rezeki-Mu ini Ya Allah.


Ku adalah mengantuk + letih. Mau zZzZzZzZzZzZzZzzzzzzzzzzzzzzz

Oh ye! Motif nota kaki dok kat bhgn peha???




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...