Friday, April 16, 2010

Jalan-Jalan Beli Belah


Sebenarnya dah beberapa hari hasrat utk membeli belah tertangguh. En Hubby busy sesangat.

Hari ni, lepas selesai semua penghantaran, En Hubby call suruh siap. Jom pi shopping. Yahooo!!!!
En Hubby tanya, nak pergi mana? Ku jawap, ntah...tak tau. Pergi Sogo nak? Tanya En Hubby. Taknak la Sogo, Jusco kan ada (wah...sombong betul org dah offer gi Sogo taknak). Tapi taknak Jusco Wangsa Maju, nak Jusco Setiawangsa....(tak senonoh punya bini, mengarah jer tau). En Hubby pun kata ok. Lalu kami pun menghala ke Jusco Setiawangsa.Sampai2 di Jusco Setiawangsa lebih kurang jam 6.00 ptg. Panjat punya panjat, sekali tgk Jusco tutup. Huh. Rupanya diaorg ada Annual Diner. Alamak.


Oh ye...lupa pulak. Tujuan utama nak menghabiskan duit adalah kerana hujung minggu ni ada seminar di Genting. So nak beli la segala seluar, kasut....hahaha...


Ok, bila tengok Jusco tutup, kitaorg pun pusing2 la jenguk2 kedai lain. Ternampak kedai semek mata (bak kata anak dara kecilku..), oh teringat bahawa ku ingin membeli contact lens. Wajib!! Sebabnya nanti masa seminar klu dok belakang, mmg tak nampak la biji butir yg org tulis kat depan.Ini hasil yg dapat di kedai tersebut. Beli yg murah2 jer sbbnya mesti jarang guna nanti.



Kemudian, pusing sana sini, bosan. Perut dah keroncong. Pastu En Hubby kata, Jusco Wangsa Maju buka tak agaknya. Ntah...tak tau....hehe...jwp isteri tak mithali nih...

Kitaorg pergi juga la ke Jusco Wangsa Maju mencuba nasib. Hah...lega sbb buka.
Terus ke foodcourt mencari makanan. Tak tau nak makan apa. Last2 order Soto Nasi dengan Sup Perut + Daging. Air teh o panas dan teh o limau panas.


Sup Perut + Daging & Teh O Limau Panas utk En Hubby


Soto Nasi & Teh O Panas Untuk Ku


Lepas makan, terus naik ke bahagian lelaki. Cari2 seluar untuk En Hubby. Pusing, test, acu, cuba, last2 berkenan seluar Bonia warna Dark Blue. Gambar adalah tiada kerana seluar tinggal di Jusco sbb nak alter buat GQ (pergh...En Hubby klu potong seluar mesti nak buat GQ. nasib jeans dia tak buat gaya GQ gak...kehkehkeh)

Lagi satu yg beli kat bahagian lelaki ni ialah belt utk En Hubby. Dia pilih yg murah2 sbb nakkan talinya jer. Buckle dia nak tukar dgn yg dah ada kat rumah.

Talipinggang untuk En Hubby



Lepas tu turun ke bahagian wanita lak. Gi belek2 seluar utk ku pula. Belek punya belek, ini yg ku tangkap

Er....seluar ni bila cuba tadi, cawatnya pendek. Tak reti la pakai seluar cawat pendek...hahaha. Tp sebab berkenan dengan material seluar tu, beli je la. Baju pun semua labuh2, takde yg pendek2.


Pastu pergi pula ke bahagian kasut. Ku dah berjanji dengan En Hubby nak belikan kasut untuk dia. Hehehe...
En Hubby ni dari dulu mmg berkenan dgn brand Alain Delon. Kalau suruh pilih, mesti brand itu yg dicapainya. Kita ni tunjuk la yg lain2...akhirnya itu juga jadi pilihan.
Takpe la kan, dia yg nak pakai. Tapi pilihan pertama dia takde size la pulak. So, ini pilihan kedua dia.....



Habis En Hubby pilih kasut utk dia, dia offer pula nak belikan kita kasut. Wah! Tak bisa ditolak. Pilih punya pilih + konon2 seminar kat Genting, belilah kasut ni.....konon2 bertutup, so tak sejuk (macam la seminar tu buat kat Genting Outdoor Theme Park...muahaha....)


** Semua gambar adalah kabur kerana kamera cap kura2 tu telah diusik. So tak pandai nak betulkan sendiri. Kena bwk gi kedai dulu **


Masa nak bayar utk kasut2 ni pun Jusco dah nak tutup. Selesai segala urusan menghabiskan duit, kami pun menghala pulang ke rumah yg hanya 2 kangkang kera sahaja dari Jusco Wangsa Maju.


Oh ye. Mood takde sbb memikirkan anak dara yg terpaksa ditinggalkan bersama pengasuh pada Sabtu & Ahad ni. Kesian dia. Sekarang pun dah rasa rindu. Macam mana la nanti....uhuk uhuk.

Nur Almira Fildzah, Permata Hati Ibu.....




2 comments:

  1. Liena...letak la gambar almira banyak2...rindu nak tengok dia....dah besar :-)

    ReplyDelete
  2. nanti ina letak ye..
    tak byk sgt gambar, sbb ibunya asyik lupa nak guna kamera...hahaha...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...