Saturday, April 10, 2010

Lontong & Kerinduan Yang Kian Membara

Pagi ni En Hubby belikan lontong untuk sarapan (klu buat sendiri adalah rugi kerana org2 kat rumah ni tak gemarkan lontong...)
Sudah lama tak makan lontong, sejak menjebakkan diri berdiet....ehehehe. Tp malam tadi tiba2 teragak, rupanya pagi ni dia belikan lontong.

Sedang mengadap lontong untuk dimakan (sarapan sorang2 sbb En Hubby dah keluar pagi2 gi deliver RxLite), tiba2 hati jadi sebak, airmata start berjurai.

Teringat lontong mak yang sedap, lengkap segala rencah2 siap dgn sambal kacang & serunding kelapa. Rasanya tiada siapa yg dpt lawan keenakkan lontong mak ( semua anak akan berpendapat begini)

Terbayang di mata masa mak berniaga di gerai belakang Risda Jln Ampang. Betapa ramai yang berkerumun untuk menjamu selera. Betapa bertungkus lumus mak & daddy ketika itu.

Nasi lemak, mee goreng, mihun goreng, kuey teow goreng, mee bandung, mee sup, soto, lontong, sambal sotong....perghhh...mmg marvelous...

Ntah bila baru dapat kami adik beradik merasai lagi air tangan mak. Mak pun dah jauh membawa diri selepas pemergian Daddy.

Mak, ina rindu masakan mak. Rindukan lontong, nasi lemak, asam pedas, pajeri, kari ayam/daging, masak lemak cili api, masak kicap (yg walaupun ringkas, tp bila mak yg masak, terlalu sedap rasanya), nasi minyak, nasi beriani, rendang dading, sambal kacang, puding telur, kek buah kukus dan byk lagi yang terhasil dari air tangan mak.

Ina tau tak mungkin lagi kami dapat merasai semua tu. Memandangkan keadaan kesihatan mak.....

Semua itu tersimpan kemas dalam lipatan memori.

Ina rindukan mak....Ina sayangkan mak....



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...