Tuesday, April 13, 2010

Cantonese Yee Mee

Semenjak menceburkan diri berdiet dari bulan Januari haritu, mcm2 la yg ku tak makan. Konon2 sungguh la disiplin dan fokus pada diet.

Tapi semenjak dua menjak dah dpt berat ideal (wlupun peha tak brp nak ideal lg..ahaha..), tekak ni dah pandai meminta minta...HUH!

Hari ni teragak pulak nak makan Cantonese Yee Mee. Cerita ttg Yee Mee ni, berbelas tahun dulu masa baru2 kenal Yee Mee, ku mmg tak gemar sungguh. Ku panggil mee getah. Mungkin cara penyediaan dulu tak betul kot. Tu yg mee tu jadi macam getah.

Tapi bulan Disember tahun lepas, masa lepak2 kat Tmn Melati, ada sorang member peniaga ni dok sedap punya makan Cantonese Yee Mee kat Restoran De'Templer (restoran ni hasil perkongsian Chinese & Malay). Ku tengok akak tu makan baik punya...lepas satu suapan, satu suapan. Ku yg tengok tu pun menelan air liur...gulp!! Dalam hati dah teragak sgt dah...tapi malu pulak nak order dan2 tu.

Esoknya ku ajak En Hubby pergi restoran tu utk mencuba Cantonese Yee Mee...hehe. Oh! Sungguh sedap. Mmg berbeza la dengan yg ku makan berbelas tahun lepas. Kerangupan yee mee tu...aduh. Tanpa menoleh kiri & kanan, ku pun dah jadi mcm akak semalam tu, suap & suap & suap...hahaha...

Bila start diet, lama la tak jenguk restoran tu. Hari ni tiba2 terkeluar lak dari mulut minta En Hubby belikan Cantonese Yee Mee De'Templer. Tak sabar2 rasanya nak tunggu En Hubby balik.

Oh, ada lagi satu yg ku kirim dengan En Hubby....bateri utk kamera. Berapa hari dah pesan, asyik lupa.

Saat yang ditunggu tunggu telah tiba. En Hubby pun sampai la ke rumah. Wah, ku terus mengambil pinggan, ku pindahkan yee mee & kuahnya dari plastik ke dalam pinggan. Lepas tu ku pergi ambil kamera, bw ke meja dah keluarkan bateri yg En Hubby beli. Sekali tgk....huwaaaaaa.....bateri AA yg dibelinya....patutnya AAA.

Frust punya pasal sbb tak dpt snap gambar, terus ku hadap Cantonese Yee Mee tu. Haaa, baru puashati....kekeke....

So, gambar adalah tiada.

Hidangan yg pernah ku cuba di Restoran De'Templer tu ialah Cantonese Yee Mee dan lagi satu Nasi Goreng Thai ke apa namanya. Tapi yg selalu teringat adalah yee mee. Banyak lagi menu lain, tp tak pernah sempat lg nak cuba.

Kalau ada sesiapa yang nak cuba, bolehlah ke :

DE TEMPLER RESTAURANT
No 17G & 19G,
Jalan Melati Utama 4,
Melati Utama,
53100 Setapak
Kuala lumpur

Email: detempler@yahoo.com
Tel: 03 - 4105 8000

**Nota kaki : ku tiada share dalam ini restoran. Kot2 la ada yg tengah mengidam ke baca entry ni teragak, boleh la terus ke alamat di atas. Lokasi tepi highway MRR2 menghala ke Genting Highland






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...