Showing posts with label Liena. Show all posts
Showing posts with label Liena. Show all posts

Thursday, February 10, 2011

Kenapa??

aku tiada mood?
aku rasa nak marah je?
aku rasa ditekan, menekan & tertekan?
aku rasa berdebar-debar?
emosi aku tak stabil?

why?? why??

ditambah pula ngan gigi yg dah berapa hari sakit...klinik gigi? oh....sungguh malas nak pergi...huk huk...

Wednesday, February 2, 2011

Lenyap segala kegusaran...

Entry smlm menggambarkan bermacam-macam perasaan...
hari ini segala macam perasaan itu telah terlerai...
walaupun ada terbuku juga sedikit perasaan tidak puas hati...
tapi apa boleh buat, mungkin sudah tertulis rezeki ku hanya setakat itu...

Selepas habis urusan tengahari, aku & kawan-kawan minta En Hubby bawa kami merayap..haha..
En Hubby kena bawa 3 bini orang + 1 bini sendiri...hihihi...
Mula-mula ke APSH sbb sorang akak ni nak beli ubat, lepas tu terus ke Pelita Ampang Point mengisi perut yang lapar...

Kemudian dari Ampang Point, ke Galaxy Ampang pula, gi survey kedai barangan 2nd hand. Dah tu cuci mata pula dlm kedai tudung.

Habis cuci mata, terus hantar semula 3 bini orang tu balik ke destinasi masing-masing di Lembah Maju.

Ingat dah blh balik rumah, tp teringat pula mak mertua sudah kehabisan stok Rx17. Zoom terus ke Lembah Jaya hntrkan Rx17. Lepak sekejap, pastu terus balik ke rumah.

Letih...

Tuesday, February 1, 2011

Tiba-tiba....

...rasa nak luahkan kat blog pulak

Luahkan apa? Ntah la...perasaan yg bercampur baur...sedih, tension, tertekan, berdebar, menggigil, seram sejuk dan ntah apa-apa lagi....

Nak tido pun payah...dah tido pun tak lena....apakah????


Apa-apa pun...."Selamat Hari Wilayah" buat mereka2 di Kuala Lumpur / Putrajaya / Labuan


Thursday, April 8, 2010

Hasrat Yang Lama Terpendam

Telah lama ku pendamkan hasrat nak menulis blog. Semangat untuk berblog begitu berkobar-kobar lebih-lebih lagi bila asyik membaca blog Pn Azimah...hahaha...

Tapi hasrat selalu tertangguh gara-gara ku yang tidak pandai mengarang.....huhu...

Hari ini, setelah membaca status Pn Fizan di fb, aku begitu terpanggil untuk ber blog.

So, inilah hasilnya....

Moga-moga blog ini tidak terbiar bersemak samun dan bersawang.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...